Monday 12 May 2014

5 Tips RAHSIA Genius Matematik Adiputra



Tahniah buat adik Adiputra :) Sangat bangga dengan kejayaannya. Adi Putra juga ada berkongsi 3 Tip untuk mahir dan pintar dalam matematik islam iaitu :

1. ✿ 。 “Untuk menjadi seorang yang mahir dan pintar dalam Matematik Islam..
Jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira, kurangkan mengguna SMS dan kurangkan bermain alat permainan video,” kata Adi Putra Abdul Ghani, 12, kanak-kanak cilik Matematik Islam.


2. 
✿ 。 Jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira.
Sebabnya; menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

3. 
✿ 。 Kurangkan mengguna SMS.
Sebabnya; dengan mengurangkan penggunaan SMS pula ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.

4. 
✿ 。 Kurangkan bermain alat permainan video.
Sebabnya; penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat.

5. 
✿ 。 Adi Putra yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Riau, Indonesia, berkata walaupun permainan video alat interaktif yang mampu menjana minda, tetapi untuk jangka masa panjang ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

No comments:

Post a Comment