Monday 12 May 2014

Ilmuwan Matematik Islam : Al- Khawarizmi

Assalamualaikum..

Mari kita kenali ilmuwan matematik Islam iaitu Al- Khawarizmi



Nama penuh beliau ialah ; Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi  yang dilahirkan di Bukhara. Di dunia barat beliau di kenali dengan gelaran al-Cowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi dan al-Gorism. Manakala di Perancis beliau dikenali sebagai sebagai Augryam atau Angrism. Beliau merupakan pengasas ilmu al-gebra/ algorithm dan pencipta penggunaan “ 0 “ dalam perkiraan dan revolusi matematik. Tujuan beliau mendalami ilmu matematik diatas dorongan agama dalam sistem Feqah memudahkan perkiraan seperti mudharabah, faraidh, zakat , ketentuan arah kiblat dan jarak bermusafir dalam perlaksanaan solat.

Beliau merupakan ilmuwan yang terkemuka dengan karangan-karangan asli beliau yang banyak diterjemahkan pelbagai bahasa sebagai rujukan seperti

1. “ Mufatih al-Ulum “ ; berkaitan sistem nombor dimana telah diterjemahkan dalam   
   bahasa Latin ‘ Numero Indorum ‘

2.  “ Al- Mukhtasar al-Tafsir bi Hisab al-Hindi “ ; berkaitan sistem perkiraan nombor berdasarkan matematik India.

3. “ Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Jabr wa-al Muqabalah “ ; berkaitan dengan algebra

4. “ Al-Jabr wa’l Muqabalah “ ; berkaiatan penggunaan secans dan tangens dalam perkiraan trigonometri dan astronomi.




 

No comments:

Post a Comment