Monday 12 May 2014

TANGRAM DAN MATEMATIK

Apa itu tangram ?  Tangram ialah sejenis permainan cantuman zaman dahulukala yang berasal dari negara China. Ia merupakan kepingan-kepingan yang dipotong pelbagai bentuk yang asalnya adalah sebuah segiempat sama. Kepingan-kepingan ini berjumlah sebanyak tujuh keping yang mana setiap keping dipanggil 'tan'.

Tangram dalam bidang matematik adalah tidak asing lagi kerana ia merupakan bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk Geometri seperti Luas Dan Perimeter , Bentuk-bentuk 2D , dan seumpamanya. Setiap tan dicantum dan disusun untuk membentuk pelbagai imej seperti orang, haiwan, huruf-huruf serta objek-objek lain seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Anda boleh mencabar rakan-rakan anda menyusun ketujuh-tujuh tan untuk membentuk imej-imej yang dikehendaki tanpa menunjukkan lakaran cantuman tan pada imej-imej tersebut seperti rajah-rajah dibawah.






No comments:

Post a Comment