Tuesday 13 May 2014

APLIKASI MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

adakah anda peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita? jika jawapan anda adalah 'Ya', sejauh manakah anda peka tentang penggunaan konsep matematik dalam kehidupan kita?
Antara contoh mudah penggunaan konsep matematik adalah urusan jual beli. Anda membeli air kotak bernilai RM 1.00 dan memberi wang kertas RM5.00 kepada peniaga..berapakah baki yang perlu peniaga pulangkan pada anda?? Nah, itu sudah melibatkan konsep matematik!!! Mari kita lihat aplikasi matematik yang lebih kompleks dalam kehidupan kita..

Gambar di atas adalah penggunaan konsep matematik dalam menentukan usia fosil yang dijumpai oleh ahli arkeologi..

Anda pernah menaiki roller coaster?? Ya, pembinaan roller coaster juga melibatkan pengiraan matematik untuk memastikan keselamatan anda!!
Apakah kelajuan yang sesuai untuk roket berlepas dari bumi ke angkasa untuk memastiikan keselamatan di tahap optimum? Ya, ia bermula dengan kira-kira!!

Hampir semua perkara dalam kehidupan harian kita melibatkan proses asas matematik. Mahu ataupun tidak, suka atau pun tidak, anda telah menggunakan matematik dalam kehidupan harian anda... :)




No comments:

Post a Comment